Asal Usul Qasidah
(Burdah)
Burdah artinya mantel dan juga dikenal sebagai Bur’ah yang
berarti shifa (kesembuhan). Imam Busyiri adalah seorang penyair yang suka
memuji raja-raja untuk mendapatkan uang. Kemudian beliau tertimpa sakit faalij
(setengah lumpuh) yang tak kunjung sembuh setelah berobat ke dokter manapun.
Tak lama kemudian
beliau mimpi bertemu Rasulullah S.A.W. yang memerintahkannya untuk menyusun
syair yang memuji Rasulullah. Maka beliau mengarang Burdah dalam 10 pasal pada
tahun 6-7 H. Seusai menyusun Burdah, beliau kembali mimpi bertemu Rasulullah
yang menyelimutinya dengan Burdah (mantel). Ketika bangun, sembuhlah beliau
dari sakit lumpuh yang dideritanya.
Qoshidah Burdah ini tersebar ke seluruh penjuru bumi dari timur ke barat. Bahkan disyarahkan oleh sekitar 20 ulama, diantaranya yang terkenal adalah Imam Syaburkhiti dan Imam Baijuri.
Qoshidah Burdah ini tersebar ke seluruh penjuru bumi dari timur ke barat. Bahkan disyarahkan oleh sekitar 20 ulama, diantaranya yang terkenal adalah Imam Syaburkhiti dan Imam Baijuri.
Habib Husein bin
Mohammad Alhabsyi (saudara Habib Ali Alhabsyi sohibul maulid Simtud Duror)
biasa memimpin Dalail Khoiroot di Mekkah. Kemudian beliau mimpi bertemu
Rasulullah yang memerintahkannya untuk membaca Burdah di majlis tersebut. Dalam
mimpi tersebut, Rasulullah berkata bahwa membaca Burdah sekali lebih afdol
daripada membaca Dalail Khoiroot 70 kali.
Ketika Hadramaut
tertimpa paceklik hingga banyak binatang buas berkeliaran di jalan, Habib
Abdulrahman Al Masyhur memerintahkan setiap rumah untuk membaca Burdah.
Alhamdulillah, rumah-rumah mereka aman dari gangguan binatang buas.
Beberapa Syu’araa
(penyair) di zaman itu sempat mengkritik bahwa tidaklah pantas pujian kepada
Rasulullah dalam bait-bait Burdah tersebut diakhiri dengan kasroh/khofadz.
Padalah Rasulullah agung dan tinggi (rofa’). Kemudian Imam Busyiri menyusun
qoshidah yang bernama Humaziyyah yang bait-baitnya berakhir dengan dhommah
(marfu’).
Imam Busyiri juga
menyusun Qoshidah Mudhooriyah. Pada qoshidah tersebut terdapat bait yang
artinya, ‘Aku bersholawat kepada Rasulullah sebanyak jumlah hewan dan tumbuhan
yang diciptakan Allah.’ Kemudian dalam mimpinya, beliau melihat Rasulullah
berkata bahwa sesungguhnya malaikat tak mampu menulis pahala sholawat yang
dibaca tersebut.
Habib Salim juga bercerita
tentang seseorang yang telah berjanji kepada dirinya untuk menyusun syair hanya
untuk memuji Allah dan Rasulullah. Suatu ketika ia tidak mempunyai uang dan
terpaksa menyusun syair untuk memuji raja-raja agar mendapat uang. Ia pun mimpi
Rasulullah berkata, “Bukankah engkau telah berjanji hanya memuji Allah dan
Rasul-Nya?! Aku akan memotong tanganmu…”
Kemudian datanglah
Sayidina Abubakar r.a. meminta syafaat untuknya dan dikabulkan oleh Rasulullah.
Ketika ia terbangun dari tidurnya, ia pun langsung bertobat. Kemudian ia
melihat di tangannya terdapat tanda bekas potongan dan keluar cahaya dari situ.
Habib Salim mengatakan
bahwa Burdah ini sangat mujarab untuk mengabulkan hajat-hajat kita dengan izin
Allah. Namun terdapat syarat-syarat yang harus dipenuhi. Yaitu mempunyai sanad
ke Imam Busyiri, mengulangi bait ‘maula ya solli wa sallim…’, berwudhu,
menghadap kiblat, memahami makna bait-bait, dibaca dengan himmah yang besar,
beradab, memakai wewangian.
Khusus tentang memakai
wewangian ini, Habib Salim mengatakan, ‘Tidak seperti orang sekarang, membaca
Burdah namun badannya bau rokok. Padahal salaf telah sepakat untuk mengharamkan
rokok.’
Di akhir ceramah
beliau, Habib Salim menyampaikan bahwa jika seseorang tidak berjalan di
thoriqoh aslaf maka dikhawatirkan tiga hal. Pertama, umurnya pendek. Kedua,
Hidup dalam keadaan bingung/akalnya gila. Ketiga, tak akan dihargai masyarakat.
Qasidah Burdah dikarang
oleh Imam al-Busiri yang dilahirkan pada tahun 610 Hijrah (1213 Masehi) dan
meninggal dunia pada tahun 695 Hijrah (1296 Masehi). Beliau telah diasuh oleh
ayahandanya sendiri dalam mempelajari al-Quran dan ilmu pengetahuan yang lain.
Untuk memperdalamkan lagi ilmu agama dan kesusasteraan Arab, Imam al-Busiri
lalu berhijrah ke Kaherah. Di Kaherah, Imam al-Busiri menjadi seorang
sasterawan dan penyair yang ulung. Kemahirannya didalam bidang syair mengatasi
para penyair lain dizamannya. Karya-karya kaligrafinya juga terkenal dengan
keindahannya. Gurunya yang paling utama ialah Abdul Abbas al-Mursi yang
merupakan anak murid kepada pengasas tariqat Shazili iaitu Imam Abul Hasan
as-Shazili.
Manuskrip burdah yang
masih tersimpan
Qasidah Burdah
mengandungi 160 bait yang ditulis dengan gaya
bahasa atau uslub yang menarik, lembut dan elegan. Imam al-Busiri
menterjemahkan kehidupan Nabi Muhammad saw kedalam bentuk bait-bait puisi yang
sangat indah. Dengan bahasa yang sebegitu indah, Imam al-Busiri telah berhasil
menanamkan kecintaan dan kasihnya umat Islam kepada Junjungan Besar Nabi
Muhammad saw dengan lebih mendalam. Selain dari rasa kecintaan dan kasih yang
mendalam terhadap Nabi saw, nilai-nilai sastera, sejarah dan moral turut
terkandung dalam qasidah tersebut. Oleh itu, tidak hairanlah apabila qasidah
ini sentiasa sahaja dibaca di institusi-institusi pengajian tradisional malah
qasidah ini turut diajar di Universiti al-Azhar, Mesir.
Imam al-Busiri hidup
dalam zaman transisi atau perpindahan kuasa dinasti Ayyubiyyah kepada dinastik
Mamalik Bahriyah. Pada ketika itu, pergolakan politik semakin gawat, akhlak
masyarakat merosot dan para pemerintah terlalu mengejar kemewahan. Maka dalam
suasana serba kekalutan itu, muncullah Qasidah yang dikarang oleh Imam
al-Busiri yang seakan-akan mengajak manusia kembali mencontohi kehdupan Nabi
saw yang berasaskan uswatun hasanah yakni suri tauladan yang baik, mengawal
hawa nafsu dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar yang berasaskan
al-Quran dan Hadith.
Burdah yang menjadi
tema utama dalam karya al-Busiri itu adalah merujuk kepada jubah yang dipakai
oleh Nabi Muhammad saw. Burdah milik Nabi Muhammad saw ini telah diberikan
kepada Ka’ab bin Zuhair bin Abi Salma, seorang penyair terkenal Muhadramin
(penyair dua zaman iaitu Jahiliyyah dan Islam). Riwayat pemberian burdah oleh
Rasulullah saw kepada Ka’ab bin Zuhair bermula apabila Ka’ab sentiasa menggubah
syair yang mengejek-ejek Nabi saw dan para sahabat. Kerana rasa jiwanya
terancam, ia lari bersembunyi untuk melindungi diri dari kemarahan para
sahabat. Ketika terjadi penaklukan Makkah, saudara Ka’ab yang bernama Bujair
bin Zuhair mengutus surat
kepadanya yang isinya antara lain menganjurkan Ka’ab agar pulang bertaubat dan
berjumpa Rasulullah saw.
Setelah memahami isi surat itu, Ka’ab pun
pulang ke rumah dan bertaubat. Ka’ab lalu berangkat menuju ke Madinah. Menerusi
Abu Bakar as-Siddiq, Ka’ab menyerahkan diri kepada Rasulullah saw. Ka’ab
mendapat penghormatan yang tinggi dari Rasulullah saw sehinggalah baginda
melepaskan burdahnya dan diberikan kepada Ka’ab. Ka’ab kemudiannya menggubah
sebuah qasidah yang dikenali dengan nama Qasidah Burdah. Qasidah ini ditulis
dengan indah oleh seorang ahli kaligrafi, Hasyim Muhammad al-Baghdadi didalam
kitab kaligrafinya yang berjudul Qawaid al-Khat al-Arabi. Burdah yang diberikan
oleh Rasulullah saw kepada Ka’ab kemudiannya menjadi milik keluarga Ka’ab
sehinggalah ia dibeli oleh Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan dengan harga dua
puluh ribu dirham. Burdah itu kemudiannya dibeli pula oleh Khalifah Abu Ja’far
al-Mansur dari dinasti Abbasiyyah dengan harga empat puluh ribu dirham. Burdah
itu seterusnya dipakai pada setiap kali solat hari raya oleh khalifah dan
kemudiannya menjadi tradisi turun-temurun.
Manuskrip qasidah
burdah yang ditulis tangan
Diringkaskan sehingga
bagaimana Qasida Burdah ini menjadi terkenal bermula apabila Imam al-Busiri
tiba-tiba jatuh sakit dan diserang penyakit Syalal (lumpuh). Mengikut catatan
ahli tarikh, beliau lumpuh separuh badan. Tabib-tabib yang terkemuka gagal
mengubat penyakitnya. Dalam keadaan kesakitan dan tidak berdaya, Imam al-Busiri
mengarang qasidah yang berkaitan dengan Nabi Muhammad saw. Qasidah-qasidah ini
disusun dengan begitu indah dan diulang-ulang oleh Imam al-Busiri.
Kemuncaknya,pada satu malam ketika Imam al-Busiri tertidur, beliau bermimpi
melagukan qasidah-qasidah yang dikarangnya di hadapan Baginda Rasulullah saw
sendiri. Rasulullah saw dalam mimpi tersebut begitu gembira dan menyukai
qasidah tersebut, lantas baginda mengusap muka Imam al-Busiri dengan kedua-dua
tangan baginda yang mulia. Rasulullah saw turut menyentuh bahagian tubuh Imam
al-Busiri yang lumpuh dan memakaikan Imam al-Busiri dengan burdah baginda.
Sebaik sahaja tersedar
dari mimpi tersebut, Imam al-Busiri mendapati beliau tidak lagi lumpuh! Imam
al-Busiri dengan segera keluar dari tempatnya untuk menceritakan kisahnya
kepada orang lain. Beliau bertembung dengan seorang pemuda yang bertanya
kepadanya, “Syeikh, bawakan kepadaku qasidah-qasidah yang telah kau karang
tentang Nabi SAW.” Terkejut dengan permintaan pemuda tersebut, Imam al-Busiri
bertanya, “Dimanakah anda mengetahui tentang qasidah yang kukarang? Aku tidak
pernah menceritakannya mahupun melagukannya kepada sesiapapun!!” Jawab pemuda
tersebut,
“Aku bermimpi malam
tadi bahawa Nabi SAW didendangkan dengan qasidah-qasidah yang cukup indah yang
memuji baginda. Aku lihat baginda begitu gembira dan menyukai qasidah tersebut
dan memakaikan pakaian baginda (burdah) kepada orang yang melagukan qasidah
tersebut…Dan aku melihatmu dalam mimpiku!”
Sejak saat tersebut,
Qasidah Burdah yang dikarang oleh Imam al-Busiri menjadi masyhur. Anak-anak
Islam pada zaman silam diajarkan tentangnya dan menjadi nasyid harian. Malahan
ramai di antara ‘ulama Islam seperti Ibnu Hajar Haithami yang menganggap harus
untuk mempelajari qasidah ini bagi penuntut-penuntut ilmu Islam bagi memupuk
kecintaan terhadap baginda Rasulullah SAW. Selain dari Qasidah Burdah, sebuah
lagi qasidah yang sangat terkenal yang dikarang oleh Imam al-Busiri ialah
Qsidah Mudariyya.


Tidak ada komentar:
Posting Komentar